Asal Usul D'Teratak Taman Selehong

Sejarah



Taman Selehong PKINK terletak didalam Jajahan Tumpat Kelantan,taman perumahan yang sedang dalam proses pembinaan ini mempunyai 3 fasa dan sehingga blog ini terbina fasa 1 baru saja diduduki, fasa 2 masih dalam pembinaan dan fasa 3 tunggu dulu kot(maklumat terbaru yg aku dapat untuk perumahan fasa 2 dan 3 akan dikenali sebagai 'Taman SPP Kota Warisan' dan bukannnya Taman Selehong lagi....Teratak Taman Selehong adalah sebuah pondok, dangau,wakaf ,gazebo atau apa saja yg sesuai disebut.Terletak di hadapan rumah sdr. Azmi dan merupakan lokasi berkumpulnya sekelompok kecil golongan bapa yang mempunyai idiologi dan matlamat yang tinggi dalam merencanakan sesuatu perkara yang boleh membawa mereka kearah kejayaan sekaligus membuktikan bahawasanya mereka bukan berbual kosong semata-mata.

Hasil daripada pengalaman aktif mereka di dalam badan persatuan ,bidang kerjaya mahupun di luar seperti mengendalikan sesuatu program, membuahkan satu semangat dan keyakinan yang tinggi dalam usaha untuk mereka mula mengorak langkah ke arah matlamat mereka yang sebenar.

Tanggal 1 haribulan Januari 2010, kelompok kecil rakan-rakan tadi telahpun mengubah corak kehidupan penduduk taman itu sendiri dan wujudlah blog ini "d'Teratak Taman Selehong".Hasil daripada bergeraknya kumpulan ini secara tidak langsung telahpun menarik minat ramai penduduk taman untuk bersama-sama.

Atas dasar 'jiran Sepakat Membawa Berkat' maka wujudlah laman web rasmi D'Teratak Taman Selehong itu sendiri. Ini bertujuan untuk D'Teratak Taman Selehong memperluaskan lagi empayar pengaruhnya di dunia internet.


Matlamat D'Teratak Taman Selehong yang seterusnya adalah untuk menjadi tempat gerakkan bagi mengumpul maklumat,masalah setempat untuk diketengahkan bagi mencari jalan penyelesaian atau pun tempat merancang sesuatu aktiviti penduduk.

Monday, January 18, 2010

Sambutan Tahun Baru 2010

Kemeriahan detik2 menyambut kedatangan tahun 2010 mungkin berbeza daripada tahun2 sebelumnya ,dimana satu majlis BBQ telah dianjurkan hasil sumbangan wang daripada sebahagian penduduk Taman Selehong itu sendiri.Bertempat di teratak Taman Selehong acara itu berlangsung dengan meriahnya dengan bantuan kaum2 ibu bersama2 yg turut sama menyertai acara tersebut.Di harap majlis2 seperti ini dapat diteruskan lagi di lain2 masa kerana ianya dapat merapatkan lagi hubungan sesama jiran tetangga amnya penduduk Taman Selehong itu sendiri.....








Fakta tentang daerah Tumpat Kelantan.

Tumpat ialah sebuah bandar utama di negeri Kelantan.Bandar ini terletak kira2 15 km dari bandar Kota Bharu,ibu negeri Kelantan.Tumpat juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yg terdiri daripada Kota Bharu,Pasir Mas,Pasir Puteh,Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah,Jeli dan Gua Musang. Bandar Tumpat terletak di hujung Landasan Keretapi Pantai Timur dan menjadikan ianya pusat pengangkutan utama di Kelantan.

Bandar Utama
-Tumpat
-Palekbang
-Pengkalan Kubur
-Wakaf Bharu

Tempat Menarik
-Pantai Seri Tujuh
-Pantai Suri
-Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur
-Info Galeri Tengku Anis
-Pasar Besar Wakaf Bharu
-Tokkong Buddha


Tempat Bersejarah
Istana Bukit Tanah
Makam Tok Janggut
Masjid Kg Laut
Tugu Pendaratan Vietnam
Jambatan Bijih Jubakar
Sulur Tok Selehong
Rumah Api Tumpat
Pondok Agama Berangan